|
10hb
hingga 11hb Mac 2007
KSR telah mengadakan hari keluarga bertempat di Awana Genting Highland,
Pahang. Seramai lebihkurang 200 orang telah mengambil bahagian. Pelbagai
acara diadakan antaranya 'Leisure Hunt', sukan-sukan berbentuk kekeluargaan
dan pada malam hari diadakan acara penyampaian hadiah serta cabutan nombor
bertuah. Keesokkan harinya pula aktiviti bebas.
23hb
Mac 2007
Mesyuarat Agong Kali Ke 5 telah diadakan di bilik mesyuarat DCA KLIA dan
dirasmikan oleh Pengarah DCA KLIA. Seramai lebihkurang 50 orang termasuk
ahli-ahli bersekutu yang hadir. Mesyuarat diserikan dengan penyampaian
hadiah pelajar cemerlang peringkat UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2006 dan
anak-anak baru dikalangan ahli KSR. 5 cabutan bertuah disediakan selain
daripada 'doorgift' untuk semua yang hadir. Antara usul dan cadangan untuk
sesi baru adalah seperti berikut:
1. Ahli kelab yang telah berpindah tetapi masih ada memberi perkhidmatan
di klia dikategorikan sebagai ahli bersekutu.
2. Menjalankan program yang dapat menyuntik dana untuk tabung ksr
3. Mempelbagaikan aktiviti termasuk program aktiviti rekreasi luar.
1hb
April 2007
KSR telah menghantar wakil untuk menyertai perbarisan sempena Maulidur
Rasul peringkat masjid Kuarters KLIA yang dirasmikan oleh YB ADUN Labu.
25hb
Mei 2007
Kejohanan Tenis Tertutup KSR 2007 telah diadakan di gelanggang JKR Salak
Tinggi. Sambutan amat menggalakkan. Sebanyak 6 pasukan telah mengambil
bahagian yang terdiri daripada 3 orang pemain sepasukan. Pembahagian kumpulan
adalah melalui undian. Keputusannya adalah seperti berikut :
Johan : Haidi, Md Noor dan Salihan
Naib Johan : Noordin, Kamarudin dan Hairi
22hb
Mei 2007
Kejohanan Futsal Tertutup KSR 2007 pula telah diadakan pada bertempat
di gelanggang futsal ole di Olak Lempik, Banting, Selangor. Sebanyak 7
pasukan telah mengambil bahagian iaitu Syif A, Syif B, Syif C, Syif D,
AMCOP, SAPURA dan BTE. Perlawanan berlangsung selama 3 jam secara liga
yang menyaksikan pertarungan sengit setiap pasukan. Syabas diucapkan kepada
Syif A kerana berjaya menubuhkan pasukan walaupun pada mulanya kekurangan
pemain. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang
menyertai atas sifat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan. Keputusan
pertandingan adalah seperti berikut :
Johan
: Syif C (Nazmi, Shahpandi, Yusri, Sotikan,Effendy, Rohaidy, Musa dan
Akmal)
Naib Johan : AMCOP
Ketiga : Syif B
27hb
Jun hingga 11hb Julai 2007
Sukan KESUMA MAHB yang diadakan secara dwi tahunan telah dijalankan dengan
jayanya. Tahun ini merupakan kali pertama KSR menghantar wakil untuk menyertai
pelbagai acara sukan yang disediakan. Kemuncaknya adalah pada 11hb Julai
2007. DCA mengambil bahagian dalam 12 acara termasuk untuk kategori wanita.
Antara sukan-sukan yang disertai adalah bolasepak, futsal, badminton (lelaki/perempuan),
bola jaring, bola tampar (lelaki/perempuan), tenis, dart, catur dan bowling
(lelaki/perempuan). Walaupun tidak berjaya keperingkat akhir tetapi terdapat
beberapa acara yang boleh dibanggakan. Kesempatan ini telah membuka ruang
untuk ahli-ahli KSR bersukan.
28hb
Jun 2007
KSR telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sempena Ulangtahun
Ke 9 Operasi anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas Sepang bertempat di
Bilik Sindiket DCA KLIA. Kehadiran adalah menggalakkan. Program bermula
dengan sembayang berjamaah Fardhu Asar yang diimamkan oleh imam Masjid
Kuarters KLIA iaitu Imam Mohd Redza bin Ahmad diikuti dengan tahlil dan
usrah.
29hb Jun hingga 1hb Julai 2007
KSR telah menganjurkan 3 acara badminton secara berturut-turut. Acara
dirasmikan oleh ADUN Sg. Pelek iaitu Yang Berhormat Dato' Liew Chee Khong
yang secara bermurah hati telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak
RM2500.00 kepada KSR bagi memantapkan lagi usaha menyatupadukan ahli dalam
beriadah. Pihak KSR amat berterima kasih dan menghargai sokongan yang
diberikan oleh ADUN tersebut.
1.
Pertandingan Badminton Tertutup KSR
Pertandingan badminton ini disertai oleh ahli dan ahli bersekutu yang
dipecahkan kepada beberapa kumpulan
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
Juara : Sukhoi (Mohammad,
Hafizatull, Kamarudin dan Salihan)
Naib Juara : Gulfstream
Ketiga : Airbus 380
2.
Pertandingan Badminton Antara Zon DCA
Pertandingan Badminton Antara Zon pula disertai oleh semua warga DCA di
Semananjung Malaysia yang dipecahkan kepada beberapa zon antaranya zon
utara, zon KLIA, zon selatan dan zon tengah. Keputusan pertandingan adalah
seperti berikut :
Juara : zon utara (DCA
Alor Setar, DCA Langkawi, DCA P.Pinang dan DCA Ipoh)
Naib Juara : zon selatan
Ketiga : zon KLIA
3. Pertandingan Badminton Terbuka DCA KLIA 2007
Pertandingan badminton ini merupakan kesinambungan sebagai acara tahunan
yang dianjurkan KSR. Sambutan diberikan amat menggalakkan dari tahun ke
tahun. Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK yang terlibat kerana berjaya
menganjurkan acara terhebat tahun ini. Keputusan pertandingan adalah seperti
berikut :
Perseorangan
Lelaki Terbuka :
Juara : V. Dinesh
Naib Juara : Leong Kok Ping
Beregu
Lelaki Terbuka :
Juara : Mohd Rusdy dan
Fong Kok Ping
Naib Juara : Abd. Rahman dan Azrizul
Beregu
Veteran :
Juara : Wong Y.F dan Seow E.C
Naib Juara : Ong T.l dan Seah A.B
Beregu Campuran :
Juara : Mohd Rusdy dan
Norashikin
Naib Juara : Kumar dan Krishnamah
Pertengahan
Jun hingga akhir tahun 2007
Dalam memantapkan lagi usaha mendidik, pihak KSR dengan kerjasama Tuan
Hj. Othmanul Hakim telah mengadakan kelas tajwid yang bermula pertengahan
Jun lalu. Sekalung penghargaan atas usaha yang beliau jalankan.
10hb
Ogos 2007
KSR telah mengadakan ceramah khas sempena Israk dan Mikraj yang disampaikan
oleh Ust. Mohd Redza bin Ahmad iaitu imam besar Masjid Kuarters KLIA.
KSR juga mengadakan majlis tahlil sebelum ceramah diadakan.
16hb
Ogos 2007
KSR telah mengadakan aktiviti amal iaitu mengecat dan membersihkan kawasan
Klinik Kuarters KLIA. Penglibatan ahli amat mengecewakan dan diharap pada
masa akan datang usaha murni ini akan mendapat kerjasama yang lebih baik
lagi dikalangan ahli KSR.
25hb
Ogos 2007
KSR telah menghantar pasukan futsal ke Alor Setar untuk menyertai pertandingan
futsal antara Zon DCA anjuran Kelab Sukan Lapangan Terbang Alor Setar.
Walaupun tidak berjaya tetapi semangat yang ditunjukkan oleh ahli KSR
amat membanggakan.
25hb-26hb
Ogos 2007
KSR telah menghantar wakil untuk menyertai kejohanan Badminton MAS Kargo.
Walau bagaimanapun KSR gagal mempertahankan kejuaraan yang diraih tahun
lepas.
|